Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

Majlis Ihtifal Dan Pelancaran Tabung Prasarana SRIP Paka

Pada 7hb November yang lepas, SRIP Paka telah berjaya mengadakan program tahunannya iaitu Majlis Ihtifal kali yang ke 10. Seperti biasa, program ini diadakan bagi mengiktirafkan kejayaan murid-murid dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Adik Ahmad Syahman Mahmud, murid tahun 4 diikuti dengan hafalan satu surah Al-Jumuah oleh Adik Mohamad Afiq Bahari.




Serentak dengan sambutan ini diadakan Majlis Pelancaran Tabung Prasarana SRIP Paka. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr Hj Mohd Pauzi Ismail iaitu wakil daripada Ahli Lembaga Pengelola SRIP Paka.



Tabung yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah yang dilantik ini ditubuhkan bagi tujuan menampung kos pembaikan dan pembinaan prasarana di sekolah ini.




Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah dan persembahan kebudayaan oleh murid-murid.

Selain daripada murid yang cemerlang dalam bidang akademik, pelbagai anugerah diberikan kepada murid-murid. Antaranya ialah, anugerah Solat Terbaik, Pakaian paling Kemas, Akhlak Terbaik, Kedatangan Penuh dan sebagainya yang dinilai oleh guru bagi tempoh setahun.

Pelbagai persembahan kebudayaan daripada pelajar telah diadakan. Pada malam itu, murid-murid telah mempertonton bakat kepada ibu bapa masing-masing.


Murid-murid pra telah mempersembahkan nyanyian dalam bahasa Arab dan Inggeris selain daripada persembahan pakaian beragam yang bertemakan busana muslim dan muslimah.



Murid tahun 1-4 pula telah mempersembahkan bacaan berima dalam bahasa Arab yang bertajuk "Al-Qissotul Fa'ru Wan Namiru". Persembahan yang paling menarik perhatian para hadirin ialah lakonan dalam bahasa Inggeris oleh murid-murid tahun 1 hingga 4 yang bertajuk " A Tale Of A Mousedeer".















Para hadirin pada malam itu telah disajikan dengan menu nasi tomato berlaukan daging gulai dan ayam goreng berempah serta kuih-muih tradisional sebagai pencuci mulut. Hidangan ini adalah daripada Lies Katering.


Pihak sekolah dan AJK PIBG amat berbesar hati atas sambutan yang diberikan.
Terima kasih dirakamkan kepada semua terutamanya yang berikut...

  • Final Touch Gallery (Galeri perabot dan kraf)
  • Zie Bakery
  • Harmoni Farmasi
  • Mega Academic ( Alat tulis)
  • Pak Sabah Trading (Barangan runcit)
  • Pit Pet Enterprise (Pembekal ternakan dan makanan)
  • Cosway Stokis Paka
  • Rusmiati Collection (Butik pakaian)
  • Aduka Abdul Rahman (Barangan runcit)
  • ZmZ Seri Cacar (Barangan plastik dan peralatan rumah)
  • Netlinx Solution Consultant
  • Daminso Engineering Enterprise
  • Mahsuz Collection (Butik pakaian)
  • Lies Katering - sajian makan malam
  • Muza Multi Trade - kanopi dan peralatan serta sumbangan
  • Majlis Perbandaran Kemaman- kerusi meja, pentas
  • Skorpo World Enterprise - PA System
  • Pasko Lite Marketing - Acrylic Cube Donation Box
Read On 1 comments

PENDAFTARAN PELAJAR BARU

SRIP Paka telah memulakan sesi pendaftaran untuk pelajar-pelajar baru. Jika tahun 2008, SRIP cuma mempunyai murid hingga tahun 4, pada tahun 2009, SRIP Paka akan mempunyai murid-murid tahun 5. Ini pastinya memberi makna yang besar kepada kebangkitan semula SRIP Paka.


Read On 0 comments

Pemeriksaan kesihatan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah


Pada 14 Oktober yang lepas, Unit Kesihatan Sekolah daripada Pejabat Kesihatan Daerah Dungun telah datang ke SRIP Paka bagi menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan murid-murid sekolah ini.

Antara perkhidmatan yang diberikan ialah suntikan Double Antigen/ Oral Polio tambahan, MMR dan BCG kepada murid-murid tahun 1 serta pemberian ubat cacing kepada murid-murid prasekolah.
Read On 0 comments

Majlis Hari Raya dan Pameran Terbuka SRIP PAKA 2008

Buat julung kalinya, SRIP Paka mengadakan satu program besar-besaran bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama semua ibu bapa dan juga masyarakat setempat. Program ini juga dibuat bersama dengan Pameran Terbuka SRIP.
Read On 0 comments

Majlis Hari Raya & Pameran Terbuka 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Sekolah Rendah Islam Pintar Paka dengan kerjasama AJK PIBG akan mengadakan

Majlis Hari Raya & Pameran Terbuka
pada
11 Oktober 2008

bertempat di
Padang SRIP Paka


Seluruh warga Paka dijemput hadir...
Pelbagai juadah Hari Raya disediakan

Read On 0 comments

Mesyuarat Agung PIBG 2008

Setelah tempoh dua tahun jawatankuasa PIBG sesi 2006/2008, SRIP Paka dengan kerjasama PIBG sesi tersebut telah mengadakan Mesyuarat Agung dwitahunannya pada 7 September 2008.
Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak, program ini telah dijalankan serentak dengan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama pihak pengurusan dan ibu bapa.
Program dimulakan dengan Mesyuarat Agung pada jam 5:00 petang di dewan Al-Fatihah. Kemudian, para hadirin dijemput ke dewan makan untuk majlis berbuka puasa. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Solat sekolah yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Aswadi.
Mesyuarat kali ini telah melantik jawatankuasa baru bagi sesi 2008/2010 yang bakal meneruskan perjuangannya untuk sama-sama membantu pihak pengurusan memajukan SRIP Paka.
Read On 0 comments

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada 2HB Ogos 2008, SRIP Paka telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh 45 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru.

Seawal jam 7:00 pagi, murid-murid telah berkumpul di perkarangan SRIP. Bas memulakan perjalanan pada jam 7:30 pagi menuju ke destinasi pertama iaitu Permint Sutera Semai. Pada jam 9:45, rombongan tiba di Sutera Semai. Di sini, murid-murid dapat menyaksikan sendiri bagaimana benang sutera diproses.


Rombongan meneruskan perjalanan pada jam 10:40pagi menuju ke Muzium Losong. Perjalanan cuma mengambil masa 20 minit. Setibanya di sana, peserta rombongan berjalan menuju ke Muzium Maritim. Di sini, mereka dapat melihat kapal-kapal yang digunakan oleh nelayan tempatan pada zaman dahulu.

Pada jam 12:00 tengah hari, peserta mendengar taklimat dan penerangan tentang kapal-kapal serta menyaksikan demonstrasi membuat model kapal tradisonal. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri proses membina model kapal daripada bahan yang telah disediakan.
Destinasi ketiga ialah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Peserta tiba di taman ini pada jam 1:30 petang. Para peserta menuju ke Masjid Kristal untuk solat Zuhur. Di sini, peserta rombingan makan tengah hari berhampiran dengan air pancut yang terdapat di perkarangan masjid.
Kemudian, murid berbaris menuju ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan replika masjid-masjid dari seluruh pelusuk dunia. Di sini, mereka menggunakan perkhidmatan keretapi yang disediakan untuk melihat dengan lebih dekat lagi replika tersebut.








Selepas itu, semua peserta diberi peluang membeli belah di kedai cenderahati. Lawatan di taman ini tamat pada jam 5:30 petang.

Pada jam 6:00 petang, rombongan bertolak pulang dan tiba di SRIP Paka pada jam 7:20 petang...
Read On 0 comments

SUKAN TAHUNAN

Selepas murid-murid berarak di kawasan berdekatan SRIP sambil berselawat, acara sukan pula diadakan...Acara ini bukan sahaja terbuka kepada murid, malahan ibu bapa serta guru juga boleh mengambil bahagian. Secara tidak langsung, ibu bapa berpeluang untuk beramah mesra dengan pihak sekolah. Lihatlah betapa seronoknya seluruh warga SRIP pada hari bersejarah ini..






Ini adalah antara ibu bapa yang hadir.... Kehadiran mereka untuk memberi sokongan kepada anak-anak telah memeriahkan lagi sambutan ini.

















Tidak sabar nampaknya untuk acara lari dalam guni...










Acara memancing di daratan.. ikan apa agaknya yang dipancing oleh adik Naim, Afifi dan Naqib ini ya..?







Apa agaknya adik-adik kecil ni buat kat dalam kolam tu ya??? ha..sebenarnya, ini adalah acara mencari guli di dalam air.. Sungguh mencabar bagi peserta tahun Pra ini untuk mencari guli mengikut warna rumah sukan masing-masing...


Ibu serta guru juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan.. Kelihatan di dalam gambar sebelah ialah En. Sabri, En. Dahlan dan juga En. Rosnizam sedang berentap dalam acara Titian Usang..

Di bawah pula adalah acara Musang Berjanggut untuk kaum ibu dan guru-guru..



Acara sukan ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Aswadi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
InsyaAllah, program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Read On 0 comments

PERARAKAN MAULIDURRASUL

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bersempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhamad S.A.W, SRIP PAKA telah mengadakan acara perarakan maulidurrasul... Acara yang diadakan serentak dengan sukan tahunan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Pada hari ini, murid-murid akan berarak di kawasan sekitar SRIP sambil berselawat ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W.. Ibu bapa juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing dengan menyertai perarakan tersebut...
Lihatlah betapa segak dan bergayanya murid-murid Rumah Hijau SRIP!!!

Ini pula pasukan perarakan daripada Rumah Merah..


Murid-murid Rumah Biru sedang mendengar penerangan daripada guru...Emm..nampaknya, guru-guru juga bersemangat dengan pakaian warna rumah masing-masing...



Read On 0 comments
 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011