Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada 2HB Ogos 2008, SRIP Paka telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh 45 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru.

Seawal jam 7:00 pagi, murid-murid telah berkumpul di perkarangan SRIP. Bas memulakan perjalanan pada jam 7:30 pagi menuju ke destinasi pertama iaitu Permint Sutera Semai. Pada jam 9:45, rombongan tiba di Sutera Semai. Di sini, murid-murid dapat menyaksikan sendiri bagaimana benang sutera diproses.


Rombongan meneruskan perjalanan pada jam 10:40pagi menuju ke Muzium Losong. Perjalanan cuma mengambil masa 20 minit. Setibanya di sana, peserta rombongan berjalan menuju ke Muzium Maritim. Di sini, mereka dapat melihat kapal-kapal yang digunakan oleh nelayan tempatan pada zaman dahulu.

Pada jam 12:00 tengah hari, peserta mendengar taklimat dan penerangan tentang kapal-kapal serta menyaksikan demonstrasi membuat model kapal tradisonal. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri proses membina model kapal daripada bahan yang telah disediakan.
Destinasi ketiga ialah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Peserta tiba di taman ini pada jam 1:30 petang. Para peserta menuju ke Masjid Kristal untuk solat Zuhur. Di sini, peserta rombingan makan tengah hari berhampiran dengan air pancut yang terdapat di perkarangan masjid.
Kemudian, murid berbaris menuju ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan replika masjid-masjid dari seluruh pelusuk dunia. Di sini, mereka menggunakan perkhidmatan keretapi yang disediakan untuk melihat dengan lebih dekat lagi replika tersebut.








Selepas itu, semua peserta diberi peluang membeli belah di kedai cenderahati. Lawatan di taman ini tamat pada jam 5:30 petang.

Pada jam 6:00 petang, rombongan bertolak pulang dan tiba di SRIP Paka pada jam 7:20 petang...

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011