Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

MAJLIS IHTIFAL & MESYARAT AGONG TAHUNAN PIBG SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR 2010

Hari / Tarikh : Sabtu / 13 Novrmber 2010

Masa : 7. 30 pagi hingga 2.00 petang

Tempat : Dewan Makan SRIP Paka

Tema : Batik

7.30 – 7.45 pagi

Para ibu bapa dan pelajar mula hadir untuk mendaftarkan diri di meja pendaftaran yang telah disediakan. Ibu bapa yang telah mendaftar dijemput untuk duduk di tempat yang telah disediakan. Manakala, para pelajar diminta untuk naik keatas supaya tidak menggangu perjalanan majlis dan supaya dapat membuat persediaan lebih awal untuk persembahan mereka.

8.00 – 8.30 pagi

Majlis dimulakan dengan ucapan alu – aluan oleh En. Mohd Nigzar selaku pengerusi majlis serta bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Mazlan. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al – Quran dan kefahaman ayat oleh Ahmad Dhiyaa Irsyad dari Pra-2.

Selepas bacaan ayat suci al – Quran, majlis menjemput Cik Nazirah Zol selaku Guru Besar SRIP Paka untuk memberikan ucapan. Seterusnya, ucapan daripada Yang Dipertua PIBG SRIP iaitu En. Muhd Fauzi Zamhuri.

8.30 – 9.30 pagi

Seterusnya, bermulalah Mesyuarat Agong PIBG (AGM) yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PIBG SRIP. Pada kali ini, AGM PIBG tidak melibatkan perlantikan AJK PIBG yang baru. Perlantikan AJK PIBG sesi 2011 / 2012 akan diadakan pada Januari 2011. Antara agenda mesyuarat kali ini ialah pembubaran AJK PIBG 2008 / 2010 serta perbincangan perkara – perkara berbangkit.

9.30 – 10.00 pagi

Selesai mesyuarat, para ibu bapa serta jemputan yang hadir dijemput untuk menjamu selera. Majlis menjamu selera diserikan dengan persembahan nyanyian bahasa inggeris oleh pelajar yang bertajuk " Masyaallah Tabarakallah" oleh pelajar Pra. Sementara menunggu ketibaan yang berbahagia Ustaz Khairuddin Aman Razali At – Takiri selaku jemputan dan penceramah khas majlis, ulang tayang berkenan tabung pembangunan SRIP dipaparkan untuk tontonan para tetamu.

10.00 – 10.45 pagi

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah persembahan dan penyampaian foto pelajar Pra-2. Penyampaian ini disampaikan oleh En. Mohd Izman dan diiringi oleh En. Rosnizam. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Bahasa Arab yang bertajuk Umar Al – Khatab oleh pelajar tahun satu dan dua.

10.45 – 12.00 tegahari

Selesai persembahan daripada pelajar, majlis menjemput yang berbahagia Ustaz Khairuddin Aman Razali At – Takiri selaku Pengerusi Darul Fuqaha untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Ihtifal dan AGM PIBG SRIP Paka 2010.

12.00 – 12.30 tegahari

Majlis diteruskan dengan ucapan Tn. Hj. Roslan Ismail selaku Timbalan Pengerusi Tabung Pembangunan Srip untuk memberikan ucapan berkenaan tabung pembangunan SRIP.

12.30 – 1.30 petang

Majlis dimeriahkan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi tempat 1, 2, dan 3 serta penyampaian hadiah bagi mata pelajaran terbaik. Penyampaian ini disampaikan oleh Cik Nazirah Zol diiringi oleh Pn. Suhaila. Selesai penyampaian hadiah, majlis diserikan lagi dengan persembahan Bahasa Melayu yang bertajuk " Keagungan Ilahi " oleh pelajar Pra. Seterusnya penyampaian hadiah anugerah mengikut kategori yang disampaikan oleh Ustaz Khairuddin dan diiringi oleh En. Fauzi. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan kemuncak iaitu lakonan Bahasa Inggeris yang bertajuk "Si Tanggang" oleh pelajar tahun satu dan dua. Akhir sekali ialah acara kemuncak iaitu acara cabutan bertuah.

1.30 petang

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mazlan dan ucapan penutup oleh pengerusi majlis. Sebelum bersurai, semua ibu bapa dan para tetamu dijemput untuk jamuan makan yang telah disediakan. Majlis bersurai

Read On 0 comments

Majlis Sambutan Hari Raya 2010


Pada hari Rabu, 30 September 2010 SRIP Paka telah mengadakan Program Jamuan Hari Raya. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar persiapan untuk majlis ini telah bermula pada 28 September 2010. Guru-guru, kakitangan sekolah serta ibubapa para pelajar telah berkerjasama menghias dewan makan supaya suasana hari raya dapat dirasai. Selain itu guru-guru dan ibibapa juga bekerjasama menyiapkan bahan-bahan yang akan digunakan untuk masakkan pada hari jamuan. Aktiviti sebegini telah mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah dan waris. Pada tarikh 30 September pukul 3 petang majlis bermula dengan meriah. Semasa majlis berjalan guru-guru menyambut ketibaan ibubapa dengan mesra. Para pelajar dibenarkan menjamu selera bersama ibubapa masing-masing.
Read On 1 comments

Ihya' Ramadhan 2010


Seperti tahun sebelumnya, program Ihya' Ramadhan akan terus menyerikan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan izin Allah dan kerjasama dari semua pihak program ini telah berjalan dengan lancar. Banyak program telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan antaranya adalah seperti ceramah khas Ramadhan, info Ramadhan, Tazkirah Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Kuiz Ramadhan dan majlis penutup.
Antara tujuan program-program ini dijalankan adalah untuk menghidupkan dan menyerikan bulan Ramadhan disamping memberi pendedahan kepada pelajar dan seluruh warga SRIP tentang kelebihan bulan ini. Selain itu program-program ini juga dapat membimbing dan mendidik para pelajar supaya lebih menghayati kehadiran bulan Ramadhan serta mengingatkan seluruh warga SRIP tentang ganjaran dan rahmat yang diberi dalam bulan ini.
Read On 0 comments

KEM KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR PAKA 2010


Kem Kepimpinan Pelajar SRIP telah diadakan pada 19 Februari 2010 sehingga 20 Februari 2010. Program ini melibatkan pelajar tahun 1 dan tahun 2 manakala guru-guru berperanan sebagai fasilitator.


Antara program yang dijalankan semasa program ini ialah seperti berikut :

  1. Taklimat Dan Suai Kenal
  2. LDK
  3. Cergas badan
  4. Kumpul ramai-ramai
  5. Kuliah malam
  6. Tadarrus
  7. Qiamullail
Secara umumnya program ini bertujuan melahirkan pemimpin yang cemerlang dalam segala bidang dan sanggup menghadapi cabaran masa depan, bersahsiah tinggi, bertanggungjawab,cinta akan sekolah,bangsa dan Negara Malaysia dikalangan para pelajar.
Dengan izin Allah dan kerjasama dari semua pihak telah menjayakan program.
Read On 0 comments

Sukan SRIP




Pada 3 Julai 2010, bertempat di padang SRIP Paka, SRIP Paka telah mengadakan hari Sukan. Aktiviti ini telah bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 1.00 petang. Hari sukan diadakan bertujuan merehatkan minda para pelajar disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara murid, guru serta ibubapa. Bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar persiapan telah dibuat sejak hari Jumaat lagi. Pada hari tersebut PIBG, guru-guru serta pembantu am sekolah telah bergotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah dan menyiapkan trek-trek permainan untuk hari sukan esoknya. Acara Sukan SRIP 2010 telah dibahagi kepada empat bahagian iaitu:
1. Murid dengan murid
2. Bapa dengan bapa
3. Ibu dengan ibu
4. Keluarga

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya maka Hari Sukan SRIP 2010 berjalan dengan lancar. PIBG, ibubapa, guru-guru serta murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik pada hari tersebut.


Read On 0 comments

Solat Hajat & Sambutan Hari Guru

Seperti kelaziman, sambutan hari guru diadakan di kebanyakana sekolah pada tanggal 16 Mei setiap tahun. SRIP Paka juga tidak terkecuali bagi meraikan jasa dan pengorbanan insan yang bergelar GURU.
Untuk tahun 2010, sambutan peringkat sekolah di adakan pada 16 Mei 2010 dengan tema 'Guru Mithali Pembentuk Generasi Rabbani'. Tema ini dipilih sesuai dengan kerjaya seorang guru yang mempamirkan contoh teladan yang baik dalam melahirkan anak didik yang pintar dan pada masa yang sama bertaqwa kepada Allah selaras dengan matlamat Sekolah Rendah Islam Pintar.
Program pada sebelah pagi diisi dengan sukaneka antara guru dan murid yang diadakan di padang sekolah. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari dalam guni, memancing ikan di daratan, menjaring bola, jejak kasih, membaling gelung, boling padang dan juga membawa biji getah.
Pada jam 10 pagi, guru dan murid sama-sama menikmati hidangan jamuan hari guru. Banyak juadah yang menyelerakan yang kebanyakannya adalah sumbangan daripada ibu bapa murid-murid SRIP yang begitu bermurah hati. Semoga mereka dimurahkan lagi rezeki oleh Allah dan semoga Allah memberkati rezeki yang dikurniakan.
Selepas jamuan, acara dewan pula diadakan di dewan solat. Adik Ikram Haikal Raimie memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada surah Al-Luqman sebagai pembuka acara. Seterusnya, perutusan hari guru oleh guru besar yang menyentuh banyak perkara berkisar tema perayaan peringkat sekolah. Majlis rasmi ini kemudian diseri dengan persembahan daripada murid-murid, antaranya, deklamasi sajak oleh adik Siti Aisyah Razak, nyanyian oleh pelajar pra dan lakonan yang bertajuk "Do and the Dont".

Pada 20 Mei pula diadakan program Solat Hajat dan Jamuan Hari Guru bersama ibu bapa. Program dimulakan dengan Solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Aruddin daripada Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan. Usai solat Maghrib, ustaz Arudin juga telah menyampaikan Kuliah Maghrib dengan tajuk Peranan Ibu Bapa dan Guru Terhadap Pendidikan Anak-anak. Para tetamu mendengar dengan penuh khusyuk. Semoga isi kuliah yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua dalam usaha pendidikan yang begitu mencabar ini. Program kemudian diteruskan denagn solat Isyak serta solat hajat secara berjemaah. Di penghujung program, para tetamu menjamu selera dengan hidangan nasi berlaukkan masakan kampung dengan penuh selera sebelum pulang.
Read On 0 comments

English Sure Boleh

Program anjuran Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung ini dilaksanakan khusus untuk mengutip dana bagi Tabung Pembangunan SRIP. Program yang terbuka kepada semua murid sekolah tahun 4 hingga 6 ini diadakan pada 17 April 2010 bermula jam 8 pagi.



Program ESB Program ini mendapat kerjasama antara kakitangan sekolah dan juga pihak PIBG. Program ini memberi manafaat kepada para peserta untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dalam seharian. Ia dikendalikan oleh pakar motivasi yang dijemput khas iaitu Coach Riz (En Ridzuan Abd Ghani) dan Coach Sha (Pn Rasheedah Zakariya).

Program dimulakan dengan Ummul kitab Al Fatihah dan doa selamat oleh coach Riz. Sesi suaikenal dimulakan dengan memberitahu nama dan latar belakang peserta. Para peserta telah diminta menyatakan trademark masing-masing. Kemudian peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua peserta kelihatan seronok dan bersemangat sekali. Dalam sesi ini, coach telah memberikan penerangan dan peransang kenapa kita perlu bagus dalam berbahasa Inggeris. dengan iringan doa para peserta lebih bersemangat untuk meneruskan program.


Read On 0 comments

Minggu Bahasa

Pada bulan April yang lalu, SRIP Paka telah mengadakan program Minggu Bahasa di peringkat sekolah. Program tersebut bermula pada 7 April hingga 15 April 2010.
Read On 0 comments

Bulan Penghayatan Sirah Junjungan


Sambutan ini diadakan selama sebulan dengan pengisian seperti ceramah, tazkirah harian, selawat, pertandingan kuiz dan juga merwarna serta tayangan video yang berkaitan. Muris-murid juga dibekalkan dengan info mengenai sirah Nabi Muhammad SAW.

Sambutan bermula dengan Majlis Pelancaran dan Ceramah Khas Maulidurrasul pada 16 Februari 2010 bersamaan 2 Rabiul Awal. Ceramah berkisar tentang sirah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Zalani bin Ibrahim dari Petronas Bhd dan ISMA Dungun. Antara lain ceramah ini juga menyentuh kepentingan menghayati sirah baginda rasul.

Majlis sambutan ini pula diadakan pada 23 Mac 2010 iaitu selepas cuti pertengahan penggal. Pada majlis penutup ini diadakan tayangan video serta penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz dan pertandingan mewarna.
Read On 0 comments
 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011