Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

Majlis Hari Raya & Pameran Terbuka 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Sekolah Rendah Islam Pintar Paka dengan kerjasama AJK PIBG akan mengadakan

Majlis Hari Raya & Pameran Terbuka
pada
11 Oktober 2008

bertempat di
Padang SRIP Paka


Seluruh warga Paka dijemput hadir...
Pelbagai juadah Hari Raya disediakan

Read On 0 comments

Mesyuarat Agung PIBG 2008

Setelah tempoh dua tahun jawatankuasa PIBG sesi 2006/2008, SRIP Paka dengan kerjasama PIBG sesi tersebut telah mengadakan Mesyuarat Agung dwitahunannya pada 7 September 2008.
Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak, program ini telah dijalankan serentak dengan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama pihak pengurusan dan ibu bapa.
Program dimulakan dengan Mesyuarat Agung pada jam 5:00 petang di dewan Al-Fatihah. Kemudian, para hadirin dijemput ke dewan makan untuk majlis berbuka puasa. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Solat sekolah yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Aswadi.
Mesyuarat kali ini telah melantik jawatankuasa baru bagi sesi 2008/2010 yang bakal meneruskan perjuangannya untuk sama-sama membantu pihak pengurusan memajukan SRIP Paka.
Read On 0 comments

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada 2HB Ogos 2008, SRIP Paka telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh 45 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru.

Seawal jam 7:00 pagi, murid-murid telah berkumpul di perkarangan SRIP. Bas memulakan perjalanan pada jam 7:30 pagi menuju ke destinasi pertama iaitu Permint Sutera Semai. Pada jam 9:45, rombongan tiba di Sutera Semai. Di sini, murid-murid dapat menyaksikan sendiri bagaimana benang sutera diproses.


Rombongan meneruskan perjalanan pada jam 10:40pagi menuju ke Muzium Losong. Perjalanan cuma mengambil masa 20 minit. Setibanya di sana, peserta rombongan berjalan menuju ke Muzium Maritim. Di sini, mereka dapat melihat kapal-kapal yang digunakan oleh nelayan tempatan pada zaman dahulu.

Pada jam 12:00 tengah hari, peserta mendengar taklimat dan penerangan tentang kapal-kapal serta menyaksikan demonstrasi membuat model kapal tradisonal. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri proses membina model kapal daripada bahan yang telah disediakan.
Destinasi ketiga ialah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Peserta tiba di taman ini pada jam 1:30 petang. Para peserta menuju ke Masjid Kristal untuk solat Zuhur. Di sini, peserta rombingan makan tengah hari berhampiran dengan air pancut yang terdapat di perkarangan masjid.
Kemudian, murid berbaris menuju ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan replika masjid-masjid dari seluruh pelusuk dunia. Di sini, mereka menggunakan perkhidmatan keretapi yang disediakan untuk melihat dengan lebih dekat lagi replika tersebut.








Selepas itu, semua peserta diberi peluang membeli belah di kedai cenderahati. Lawatan di taman ini tamat pada jam 5:30 petang.

Pada jam 6:00 petang, rombongan bertolak pulang dan tiba di SRIP Paka pada jam 7:20 petang...
Read On 0 comments

SUKAN TAHUNAN

Selepas murid-murid berarak di kawasan berdekatan SRIP sambil berselawat, acara sukan pula diadakan...Acara ini bukan sahaja terbuka kepada murid, malahan ibu bapa serta guru juga boleh mengambil bahagian. Secara tidak langsung, ibu bapa berpeluang untuk beramah mesra dengan pihak sekolah. Lihatlah betapa seronoknya seluruh warga SRIP pada hari bersejarah ini..






Ini adalah antara ibu bapa yang hadir.... Kehadiran mereka untuk memberi sokongan kepada anak-anak telah memeriahkan lagi sambutan ini.

















Tidak sabar nampaknya untuk acara lari dalam guni...










Acara memancing di daratan.. ikan apa agaknya yang dipancing oleh adik Naim, Afifi dan Naqib ini ya..?







Apa agaknya adik-adik kecil ni buat kat dalam kolam tu ya??? ha..sebenarnya, ini adalah acara mencari guli di dalam air.. Sungguh mencabar bagi peserta tahun Pra ini untuk mencari guli mengikut warna rumah sukan masing-masing...


Ibu serta guru juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan.. Kelihatan di dalam gambar sebelah ialah En. Sabri, En. Dahlan dan juga En. Rosnizam sedang berentap dalam acara Titian Usang..

Di bawah pula adalah acara Musang Berjanggut untuk kaum ibu dan guru-guru..



Acara sukan ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Aswadi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
InsyaAllah, program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Read On 0 comments

PERARAKAN MAULIDURRASUL

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bersempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhamad S.A.W, SRIP PAKA telah mengadakan acara perarakan maulidurrasul... Acara yang diadakan serentak dengan sukan tahunan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Pada hari ini, murid-murid akan berarak di kawasan sekitar SRIP sambil berselawat ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W.. Ibu bapa juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing dengan menyertai perarakan tersebut...
Lihatlah betapa segak dan bergayanya murid-murid Rumah Hijau SRIP!!!

Ini pula pasukan perarakan daripada Rumah Merah..


Murid-murid Rumah Biru sedang mendengar penerangan daripada guru...Emm..nampaknya, guru-guru juga bersemangat dengan pakaian warna rumah masing-masing...



Read On 0 comments
 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011