Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

GOTONG ROYONG

Untuk pertama kalinya, SRIP Paka mengadakan gotong royong pada sebelah petang hari persekolahan. Yang menariknya, sambutan begitu menggalakkan. Alhamdulillah ini adalah berkat usaha dan sokongan padu daripada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu bersama-sama dengan pihak sekolah.
Program ini bermula seawal jam 4 petang bagi murid-murid. Ia dimulakan dengan sesi bacaan Iqra' dan Al-Quran dan diikuti dengan solat Asar berjemaah. Selepas itu, murid-murid diberi taklimat tentang program secara keseluruhan. Mereka kemudiannya memulakan gotong royong dengan mengutip sampah-sarap di kawasan padang. Bag ibu bapa, program bermula pada jam 5 petang. Ini adalah kerana kebanyakan ibu bapa berkerja dan sudah tentu mengambil masa untuk tiba di sekolah. Ibu bapa dan guru dibahagikan kepada 4 kumpulan yang dipilih sendiri berdasarkan kepakaran masig-masing.
Kumpulan Cg Zie bersama-sama AJK En Rosnizam membersihkan longkang yang telah lama mengalami masalah pengaliran. Ini kerana tangki yang ada tidak mampu lagi menampung air yang banyak. Namun, Alhamdulillah dan terima kasih kepada En Roslan kerana telah sama-sama membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Cg Na dan anggota kaum bapa pula ditugaskan untuk mengemaskan bilik recycle dan stor. Semua kayu-kayu yang tidak digunakan di bilik stor dibawa ke tempat pembuangan sampah. Barang-barang yang boleh dikitar semula pula dibawa ke pusat kitar semula. Ini adalah untuk memupuk sikap sayangkan alam sekitar pada diri murid-murid.
Cg Bieah dan kaum ibu menyenggara bahagian tepi dewan Al-Fatihah yang dipenuhi dengan batu-bata yang sudah tidak digunakan lagi. Batu-bata ini adalah lebihan daripada projek penyelengaraan sekolah beberapa tahun dahulu. Batu-bata ini dibawa ke bahagian hadapan sekolah untuk digunakan dalam projek landskap. Projek landskap akan disambung pada sesi gotong royong akan datang.
Kumpulan Cg Hindun, murid tahun 4 dan 5 serta beberapa kaum ibu pula bertungkus lumus menyelenggara kotak pasir dan kawasan sekitarnya. Rerumput yang tumbuh di dalam kotak tersebut dibuang dan ditambah dengan lapisan pasir. Adik-adik kecil pula tidak ketinggalan membantu untuk mengutip anak-anak batu di kawasan tepi padang. Batu ini juga akan digunakan dalam projek landskap sekolah.
Walaupun tiba-tiba awan yang gelap bertukar dengan rintik-rintik hujan, namun kerja-kerja gotong royong tetap diteruskan dengan penuh semangat. Terima kasih dan syabas kepada semua yang terlibat.
Setelah penat, semua yang hadir dijamu dengan mihun goreng dan keropok serta kek dan agar-agar sebagai pemanis mulut. Minuman yang dihidangkan pula adalah jus mangga HPA serta kopi Radix yang juga daripada HPA.
Read On 0 comments

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PIBG 2009

Setelah melancarkan Tabung Pembangunan SRIP, PIBG SRIP sebagai jawatankuasa penaja akan mengadakan satu mesyuarat untuk melantik Jawatankuasa Peegang Amanah Tabung tersebut.

Tarikh : 30 Januari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : SRIP PAKA
Agenda Mesyuarat
  1. Aluan Pengerusi
  2. Pembentangan Perlembagaan Pemegang Amanah Tabung
  3. Kelulusan Perlembagaan
  4. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi mengantikan AJK yang terlucut keahlian
  5. Pemilihan Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung

Tetamu yang hadir disajikan dengan nasi goreng bersama ayam organik HPA yang digoreng juga menggunakan tepung goreng ayam segera RFC yang juga keluaran HPA. Minuman yang dihidangkan pula ialah kopi Radix dan kordial Roselle HPA.

Read On 1 comments
 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011