Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PIBG 2009

Setelah melancarkan Tabung Pembangunan SRIP, PIBG SRIP sebagai jawatankuasa penaja akan mengadakan satu mesyuarat untuk melantik Jawatankuasa Peegang Amanah Tabung tersebut.

Tarikh : 30 Januari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : SRIP PAKA
Agenda Mesyuarat
  1. Aluan Pengerusi
  2. Pembentangan Perlembagaan Pemegang Amanah Tabung
  3. Kelulusan Perlembagaan
  4. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi mengantikan AJK yang terlucut keahlian
  5. Pemilihan Jawatankuasa Pemegang Amanah Tabung

Tetamu yang hadir disajikan dengan nasi goreng bersama ayam organik HPA yang digoreng juga menggunakan tepung goreng ayam segera RFC yang juga keluaran HPA. Minuman yang dihidangkan pula ialah kopi Radix dan kordial Roselle HPA.

About this entry

  1. Asalammualaikum,
    Alhamdulillah, telah lama saya mencari berita mengenai SRIP tetapi hari baru menemuinya.Saya adalah salah seorang guru dari kumpulan pertama kursus SRIP siri 1.Saya telah berkhidmat di SRIPPP dari 1999-2003.
    Komen saya secara peribadi, amat bersetuju dengan pembentukan semula segala bentuk pengurusan dalam SRIP tidak kira di mana.Saya amat berharap pihak atas tidak mensia-siakan usaha dan tenaga yang telah dicurahkan oleh semua dalam menaikkan mertabat pendidikan secara Islamic.Moga Allah membantu dan teruskan usaha melalui sejarah dan pengalaman yang lepas.
    - adziah.

 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011