Hari ini :
Anda Tidak Log Masuk? >> Sila Log Masuk

Majlis Ihtifal Dan Pelancaran Tabung Prasarana SRIP Paka

Pada 7hb November yang lepas, SRIP Paka telah berjaya mengadakan program tahunannya iaitu Majlis Ihtifal kali yang ke 10. Seperti biasa, program ini diadakan bagi mengiktirafkan kejayaan murid-murid dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Adik Ahmad Syahman Mahmud, murid tahun 4 diikuti dengan hafalan satu surah Al-Jumuah oleh Adik Mohamad Afiq Bahari.




Serentak dengan sambutan ini diadakan Majlis Pelancaran Tabung Prasarana SRIP Paka. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr Hj Mohd Pauzi Ismail iaitu wakil daripada Ahli Lembaga Pengelola SRIP Paka.



Tabung yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah yang dilantik ini ditubuhkan bagi tujuan menampung kos pembaikan dan pembinaan prasarana di sekolah ini.




Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah dan persembahan kebudayaan oleh murid-murid.

Selain daripada murid yang cemerlang dalam bidang akademik, pelbagai anugerah diberikan kepada murid-murid. Antaranya ialah, anugerah Solat Terbaik, Pakaian paling Kemas, Akhlak Terbaik, Kedatangan Penuh dan sebagainya yang dinilai oleh guru bagi tempoh setahun.

Pelbagai persembahan kebudayaan daripada pelajar telah diadakan. Pada malam itu, murid-murid telah mempertonton bakat kepada ibu bapa masing-masing.


Murid-murid pra telah mempersembahkan nyanyian dalam bahasa Arab dan Inggeris selain daripada persembahan pakaian beragam yang bertemakan busana muslim dan muslimah.



Murid tahun 1-4 pula telah mempersembahkan bacaan berima dalam bahasa Arab yang bertajuk "Al-Qissotul Fa'ru Wan Namiru". Persembahan yang paling menarik perhatian para hadirin ialah lakonan dalam bahasa Inggeris oleh murid-murid tahun 1 hingga 4 yang bertajuk " A Tale Of A Mousedeer".















Para hadirin pada malam itu telah disajikan dengan menu nasi tomato berlaukan daging gulai dan ayam goreng berempah serta kuih-muih tradisional sebagai pencuci mulut. Hidangan ini adalah daripada Lies Katering.


Pihak sekolah dan AJK PIBG amat berbesar hati atas sambutan yang diberikan.
Terima kasih dirakamkan kepada semua terutamanya yang berikut...

  • Final Touch Gallery (Galeri perabot dan kraf)
  • Zie Bakery
  • Harmoni Farmasi
  • Mega Academic ( Alat tulis)
  • Pak Sabah Trading (Barangan runcit)
  • Pit Pet Enterprise (Pembekal ternakan dan makanan)
  • Cosway Stokis Paka
  • Rusmiati Collection (Butik pakaian)
  • Aduka Abdul Rahman (Barangan runcit)
  • ZmZ Seri Cacar (Barangan plastik dan peralatan rumah)
  • Netlinx Solution Consultant
  • Daminso Engineering Enterprise
  • Mahsuz Collection (Butik pakaian)
  • Lies Katering - sajian makan malam
  • Muza Multi Trade - kanopi dan peralatan serta sumbangan
  • Majlis Perbandaran Kemaman- kerusi meja, pentas
  • Skorpo World Enterprise - PA System
  • Pasko Lite Marketing - Acrylic Cube Donation Box

About this entry

  1. liked the pictures.. pretty busy and fun day it was, huh? ;)

    You seem like to have a medical interest if not that it is your profession in the first place :).. liked your blog..

    visit my blog Mechanical Engineering or Nokia S60 v3 World if you're interested!

    Jordan Blue Pages Rules!

 

About me | Author Contact | Powered By Sekolah Rendah Islam Pintar Paka | © Copyright  2011